BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Friday, February 25, 2011

» BAGAIMANA NAK KUATKAN IMAN??

Islamnya seseorang individu tidak cukup selagi ianya tidak dipandu oleh iman. Umpama kereta yg tiada enjin. Sebab itu banyak ayat di dlm Al Quran dimulai dgn, "Wahai orang-orang yg beriman" bukan "Wahai orang-orang Islam". Perkara yg utama untuk kita ‘menimbulkan’ iman di dada kita adalah dgn bertaubat. Antara syarat taubat adalah, berhenti dg melakukan perkara dosa (maksiat) yg lepas, benar-benar insaf dan tidak mahu kembali lagi dgn dosa yg telah dilakukan sebelum ini. Firman Allah yg bermaksud, "Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar. " Surah An Nisa’:146 Kalau boleh, memohon kpd Allah sambil kita menangis utk menunjukkankesungguhan kita. Sebenarnya tangisan itu tidak akan berlaku selagi hati kita masih ‘keras’. Firman Allah yg bermaksud, "Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya ?. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " Surah Al Maidah:74 Allah sangat suka akan orang yg bertaubat, kerana dgn taubat seseorang itu akan mengelak diri dr terhumban ke Neraka. Firman Allah yg bermaksud, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. (Surah Al Baqarah: 222) ——————————————– Saudara, Saya masih belum berpuas hati dengan jawapan saudara. Boleh tolong jawab persolanan saya? Dalam Surah An Nisa’:ayat 146 amalan bertaubat,membaiki diri,berpegang teguh umtuk agama Allah dengan ikhlas semata-mata untuk suka kan Allah SWT menjadikan seseorang itu tergolong sebagai orang yang beriman kerana amalan-amalan tersebut menggambarkan keimanan(dengan syarat ikhlas). Misalnya seorang chef yang pandai masak makanan yang enak menunjukkan dia seorang yang mempunyai kemahiran memasak.(Begitu juga dengan amalan-amalan bertaubat dsb. menunjukkan keimanan seseorang) Bagaimana beliau dapat kemahiran memasak tersebut? Kemahiran memasak dikuasai dengan belajar secara teori dan latihan praktikal.(begitu juga dengan iman perlu dipelajari secara teori dan latihan praktikal)(begitu juga dengan amalan solat, puasa, zakat dan haji perlu dipelajari secara teori dan latihan praktikal) Pelajaran teori tentang iman boleh didapati melalui kelas-kelas pengajian yang dibimbing oleh ulama yang mengajar ilmu akidah dan tauhid yang sahih. Namun begitu bagaimana pula dengan latihan praktikal mengenai iman? Rukun iman adalah yakin dengan perkara-perkara ghaib. Bagaimana kita mahu tingkatkan keyakinan kita terhadap berita-berita ghaib yang diberitakan dari kalamullah dan kalamrasul? Mentaati seluruh perintah Allah SWT dan menjauhi larangan Allah SWT dengan cara Rasulullah SAW semata-mata untuk suka kan Allah SWT menunjukkan kesan keimanan yang telah ada pada seseorang muslim. Persolalannya disini apakah method(latihan praktikal) supaya kita dapat mencapai tahap iman yang cukup kuat supaya kita dapat mentaati seluruh perintah Allah SWT dan menjauhi larangan Allah SWT dengan cara Rasulullah SAW semata-mata untuk suka kan Allah SWT? Apakah amalan(latihan praktikal) yang khusus untuk menguatkan iman? Atau dengan ayat mudah:- Apakah method supaya kita menanam keinginan/minat untuk belajar dan menghayati agama dalam kehidupan? Islam itu sendiri maknanya menyerah diri dan dlm agama, menyerah diri ini ada dua perkara pokok iaitu, buat seperti yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang. Contohnya tuntutan solat fardhu, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan Haji, meninggalkan riba, menjauhi zina.. Iman maknanya yakin dan ini dapat diertikan melalui Rukun Iman yg kita sedia maklum. Sebelum sampai kepada Islam, kita perlulah jelas akan keimanan (yakin) kita. Sebab itu, di permulaan dakwah Rasulullah SAW, baginda banyak mengajar tentang prihal ketuhanan, kenabian dan Hari pembalasan supaya umatnya mencapai tahap yakin (iman) dahulu dan jika tidak, percayalah segala amalan yg dilakukan hanyalah sia-sia sahaja. Maknanya di sini, Islam tidak akan dapat berjalan jika tiada keyakinan (iman) dan untuk mencapai keyakinan ini, setiap yg mereka yg beriman pasti yakin yg setiap apa yg mereka kerjakan, fikirkan dan niatkan akan dipantau oleh Malaikat, Allah SWT (yg bersifat Al Muhaimain- yg memantau) dan akan dibalas semasa Hari pembalasan kelak (Syurga atau neraka). Sebab itu semasa kita solat, kita diwajibkan membaca, "Malikiyau middin (Tuhan Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan)" Saya buat perbandingan, Seorang penoreh getah kerisauan utk pergi menoreh krn ada ckp-ckp org mengatakan, ada harimau berkeliaran di ladang getahnya. Walaupun beliau tidak pernah nampak akn harimau itu, si penoreh itu amat takut utk menoreh pokok getah krn keYAKINannya bhw harimau ada. Begitu juga dgn iman, walaupun kita tak pernah melihat Allah, malaikat, iblis, dosa dan pahala, syurga dan neraka tapi kita YAKIN bhw setiap yg kita lakukan akan dibalas (sama ada syurga atau neraka)di hari yg tiada penganiayaan (Hari pembalasan)yg kita diwajibkan sebut di dalam Surah Al Fatihah ketika solat. Jelas amalan yg kita lakukan (solat, puasa, Haji..) tidak akn sempurna selagi keyakinan kita kpd Allah masih kurang jitu, keyakinan kita pd hari pembalasan masih samar-samar. Bagi mereka yg beriman, mereka pasti akn berfikir, "Aku sangat takut akan api neraka, sedangkan jika terkena air panas pun aku sudah menjerit, inikan pula api neraka. Api yg jika terpecik kedunia, nescaya akan hancur luluh segala kehidupan yg wujud". Oleh itu tidak jadi lah utk rasuah, tidak jadi lah utk berzina, tidak jadi lah utk melihat benda-benda yg haram krn dia YAKIN yg dia kan dibalas di hari akhirat kelak. Kembali kpd soalan saudara, tiada amalan (solat, puasa dll) yg dpt menguatkan iman. Pada sy antara apa yg perlu kita lakukan adlh dgn membaca isi kandungan Al Quran itu sendiri terutamanya Surah-surah Makkiyah yg banyak menceritakan tentang cerita suasana di Hari Pembalasan, keperitan si pendosa di neraka dan kenikmatan ahli-ahli syurga di Syurga. Jika kita tersentuh hati kita ketika membaca ayat-ayat ini (sehingga menitiskan air mata), percayalah keYAKINan (Iman) memang ada pd diri kita.. Seperkara lagi, adalah doa. Allah memang sangat suka akn umatnya yg inginkan kebaikan krn Allah bersifat Ar Rahim (Maha Penyanyang) dan Al Ghaffar (Maha Pengampun) dan hidayah Allah tidak akn hadir selagi kita sendiri tidak berusaha mencarinya. Sedangkan kita yg melihat ank kucing di tepi jln yg ketiadaan ibu pun kita sudah simpati, inikan pula Allah yg bersifat Maha penyayang, Maha pengampun yang tidak dapat dibandingkan dgn makhluk- Nya Dengan cara mendakwahkan maksud kalimah lailahaillah kita akan dapat menguatkan iman. Diriwayatkan drp. Abu Hurairah RA nabi SAW bersabda,"Perbaharuilah iman kamu". Para sahabat bertanya,"Wahai Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman kami?" Nabi SAW bersabda "Perbanyakkan mengucap kalimah lailahaillah." HR Ahmad,Tabrani dan At-targhib Maka, tidak menghairankan mengapa para nabi dan sahabat RA mempunyai tahap iman yang begitu tinggi kerana masing-masing mendakwahkan maksud kalimah lailahaillah. Iman yang tidak diusahakan, tidak cukup kuat untuk kita mentaati keseluruhan printah Allah SWT. Contohnya seperti kaum Nabi Musa AS iaitu bani Israel. Seiap hari mereka mendengar syarahan daripada Nabi Musa AS mengenai tauhid. Mereka pernah dihidangkan makanan dari syurga(manna wa salwa) selama 40 tahun ketika sesat di padang pasir. Laut merah terbelah sebanyak 12 lorong ketika dikejar firaun. Walaupun mereka telah mendengar banyak syarahan tauhid dan melihat banyak kebesaran Allah SWT, tetapi mereka tetap kufur dan engkar terhadap Nabi Musa AS dan Allah SWT. Mereka telah menyembah lembu emas yang dibuat oleh Samiri. Perkara ini berlaku ketika Nabi Musa meninggalkan mereka selama 40 hari untuk bermunajat di bukit tursina. Berlainan dengan iman para nabi dan sahabat RA kerana mereka menjalankan kerja dakwah kalimah lailahailallah. Ketika saat genting dikejar oleh firaun dan tenteranya, Nabi Musa AS dan pengikutnya telah terkepung oleh bukit dikiri dan kanan serta laut merah dihadapan mereka. Pengikutnya mula goyah dan hilang pengharapan kepada bantuan ALlah SWT. Namun begitu Nabi Musa AS tetap teguh imannya dengan mengatakan "Allah bersamaku" Para Sahabat RA juga mempunyai tahap iman yang tinggi juga. Mereka sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk agama Allah. Walaupun arak menjadi tradisi yang paling digemari mereka, tetapi mereka sanggup untuk membuang semua arak yang ada dalam simpanan mereka demi untuk mentaati perintah ALlah SWT. Makanan yang haram yang sudah tertelan pun mereka sanggup jolok mulut dan muntahkannya. Perintah Solat 5waktu sehari semalam hanya ada pada tahun ke-10 islam di mekah. Sebenarnya perintah Allah yang pertama adalah dakwah kalimah lailahailallah kerana inilah yang dibuat oleh nabi dan Sahabat RA sejak sebelum perintah solat 5waktu lagi. Dengan cara ini mereka dapat meneguhkan iman mereka. Begitu juga kita sepatutnya. Sebab itulah surah-surah Makiyyah banyak menyentuh soal keimanan seperti kekuasaan Allah SWT dan hari akhirat. Tambahan pula kisah nabi-nabi terdahulu juga banyak terdapat dalam surah-surah makkiyyah. Semua kisah nabi-nabi terdahulu berkisar tentang perjalan dakwah mereka supaya menjadi panduan umat islam untuk cara membuat dakwah. Sememangnya dakwah kalimah lailahailallah merupakan perintah yang pertama dan utama umat islam yang bergelar umat Nabi SAW. Perintah ini adalah amanah daripada Allah SWT. Melaksanakan amanah ini adalah fardhu ain dan meninggalkannya merupakan suatu dosa. Orang yang pecah amanah akan didakwa oleh ALlah di hari pembalasan kelak. Inilah amalan utama yang dilupakan oleh umat islam sejak beberapa ratus tahun lepas. Oleh itu, umat islam dewasa ini dalam kemurkaan Allah SWT dan hampir dengan azab ALlah SWT kerana tidak menjalankan tanggungjawab. Tidak menghairan jika umat islam kini berada dalam kehinaan sedangkan suatu masa dahulu merupakan golongan yang bertamadun dan memerintah dunia. Tambahan pula umat islam kini cuba menyelesaikan masalah umat dengan cara yang salah seperti politik dan ekonomi. Bagaimana untuk mendapat kuasa politik dan kuasa ekonomi sedangkan kita masih dalam kemurkaan Allah SWT? Oleh itu penyelesaian masalah umat hanya dalam melaksanakan perintah dakwah kalimah lailahailallah. Apabila umat islam kembali melaksanakan perintah ini, ALlah SWT akan muliakan kita, menurunkan bantuan kepada kita, dan memberi kejayaan didunia dan akhirat sepertimana para nabi dan sahabat RA

0 comments: